Sunday 4 September 2011

rancangan kegemaran 3



rancangan ni agak saya minat..sebab time rancangan ini tak ada rancangan lain yang best da..haha..terpaksa la layan rancangan nie..lama lama layan juga tengok jalan jalan cari makan ni..huhu..antara pengacara yang pernah menjadi hos dalam rancangan ini ialah:

serina rizwan
maria tunku sabri
dan yang terbaru sekali : Qi

ini adalah trademark yang akan pihak jalan jalan cari makan akan berikan kepada pihak  tempat makanan yang mereka pernah kunjungi




ANTARA RESTORAN YANG PERNAH DIKINUJUNGI PIHAK JJCM.


restoran sekinchan ikan bakar 


RESTORAN TANJUNG NELAYAN

RESTORAN WARISAN


MARMALADE CAFE

Café ini mendapat namanya daripada hidangan ‘signature’ nya iaitu Carrot Cake dengan hirisan Marmalade diatasnya. Menurut pemilik café ini, Carrot Cake ini amat istimewa kerana ia merupakan resepi ciptaan ibunya sendiri. Melangkah masuk ke dalam café ini, anda akan mendapati banyak lukisan - lukisan comel yang berunsurkan alam kanak - kanak. Terdapat juga sudut kanak - kanak di mana di ruangan ini kanak - kanak akan dapat bermain, sementara ibubapa pula dapat menikmati hidangan dengan tenang. Itulah keunikan café ini. Café ini juga bersambung dengan sebuah butik di sebelahnya. Jika anda perasan, lukisan yang sama yang terdapat di dalam café ini juga terdapat di dalam butik tersebut.






Selain hidangan ‘signature’, anda juga boleh mencuba hidangan - hidangan lain seperti Beef Lasagna, Treat Sandwiches, Chicken Pie, Country Beef Stew dan juga Sounds of Havana Salad. Untuk hidangan kanak - kanak pula, bolehla memilih Mini Cheeseburger atau Sphaghetti Bolognese.Bagi pencuci mulut pula, kek - kek seperti Orange Ginger, Tiramisu, Blueberry Yoghurt, Oreo Cheese dan Banana Toffee Cheese wajar dijadikan pilihan. Bagi pilihan minuman pula, bolehlah mencuba Strawberry Delight, Healthy Strawberry ataupun Peach Passion. Rasa yang seakan - akan buah asli, pasti dapat menyegarkan tubuh anda. Aha, bagi mereka yang sedang dalam proses berdiet, bolehlah mencuba minuman Detox Helper. Diperbuat daripada campuran halia, daun seleri dan pelbagai bahan berkhasiat lain, ianya memang bagus untuk menyingkirkan toksik daripada tubuh.

Berkonsepkan santai dan menenangkan, bolehlah singgah ke Marmalade Café sementelah penat membeli belah. Oh... bagi mereka yang datang bersama - sama anak kecil, inilah peluang untuk anda berehat sepuasnya sambil menikmati hidangan yang lazat.

MARMALADE CAFE
1F-18, First Floor,
Bangsar Village II
No 1, Jalan Telawi Dua,
Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur.

Telefon : 03-2282 8301
Waktu Operasi : 10.30 pagi - 10 malam. (Isnin - Ahad)




RESTORAN SUCHAN

Episod ke-11 Jalan - Jalan Cari Makan menampilkan
Restoran Suchan. Restoran Suchan ini terletak di Tingkat 2, Bangsar Village 2, No 2, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100 Kuala. Menampilkan konsep Timur dan Barat, Restoran Suchan telah dibuka semenjak 12 tahun lalu dan kini telah mempunyai 3 buah cawangan. Dua lagi cawangannya terletak di Petaling Jaya.

Cawangan di Bangsar Village ini pula telah dibuka pada April 2007. Uniknya restoran ini diberi nama berdasarkan nama pemiliknya sendiri iaitu Ms Sue Chan. Antara makanan yang popular di Restoran Suchan ini adalah Nasi Kerabu, Vietnamese Spring Rolls, Tiramisu, Laksa Thai dan juga Chicken & Mushroom Pie. Dan untuk pilihan minuman pula, Kalamansi dan Plum dan juga Roselle Frappe adalah antara yang menjadi pilihan pelanggan - pelanggan di sini. Satu perkara yang menarik perhatian di restoran ini adalah dekorasi hidupan dasar laut yang banyak menghiasi serata dinding restoran ini. Menurut pemilik restoran ini, gambar - gambar tersebut adalah koleksi peribadinya yang tersendiri kerana hobinya adalah menyelam di lautan dalam.

memangnya menjanjikan hidangan yang menepati temanya.

SUCHAN RESTAURANT, BAKERY & CAFÉ
2F 25A, 2nd Floor, Bangsar Village 11,
No 2, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-03-2287 1914
Waktu Operasi : 10.30 pagi - 10


Kepada pengunjung yang tidak dapat lekang dengan internet, restoran ini juga menyediakan Wi-Fi. Dengan tema Original Creations... Naturally Healthy...
RESTORAN SHABU - SHABU TRAIN

Melangkah masuk ke dalam restoran Shabu-Shabu Train, anda pastinya terpegun dengan pelbagai gambar keretapi lama yang menghiasi dindingnya. Begitu juga dengan rangkaian peti ais yang berbentuk seperti gerabak keretapi yang terdapat di kiri dan kanan pintu masuk. Mula di buka pada Jun 2007, Restoran Shabu - Shabu Train mempunyai 2 cawangan di Malaysia. Selain dari restoran yang terdapat di Berjaya Times Square ini, sebuah lagi cawangannya terletak di pusat membeli - belah The Summit USJ.
Berkonsepkan Japanese Steamboat, restoran ini menyediakan semua hidangan - hidangan steamboatnya di dalam peti ais yang berbentuk seperti gerabak keretapi. Menariknya di sini, pinggan - pinggan yang terdapat di dalam peti ais tersebut terdiri daripada 4 warna yang berbeza yang mewakili harga setiap hidangan yang dipilih. Terdapat 3 jenis sup di sini iaitu tomyam, ayam dan juga sup Miso. 16 jenis sos juga disediakan untuk dipilih sebagai pencicah. Selain itu, makanan seperti Sizzling Salmon, Sizzling Sweet and Sour Fish dan juga Sizzling New Zealand Beef juga merupakan antara tarikan di sini. Di samping itu pelanggan juga boleh memilih hidangan sampingan seperti BBQ Chicken, California Rolls dan juga Seafood Fried Rice.

Bagi mereka yang tertanya - tanya, apakah maksud Shabu - Shabu? Shabu - Shabu bermaksud ‘steamboat’ dalam bahasa Jepun. Antara minuman yang sering menjadi pilihan di sini adalah Monne-Tiramisu, Cappucino Ice Blended dan juga Buble Tea.
































Dimiliki oleh Teppayaki Concept Sdn Bhd, Restoran Shabu - Shabu Train ini mempunyai 2 lagi ‘adik-beradik’ yang berdekatan iaitu Mr Ramen - yang menampilkan konsep Ramen dan juga Kopitiam - yang menampilkan konsep tempatan.

Sambil menikmati hujung minggu anda di Berjaya Times Square apa kata singgah sebentar ke Restoran Shabu - Shabu Train untuk hidangan tengahari atau makan malam? Dengan harga serendah RM9.90++ untuk set biasa, tidak rugi rasanya mencuba satu kelainan.

RESTORAN SHABU - SHABU TRAIN
Tingkat 4, Berjaya Times Square,
No. 1, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-7880 9822
Waktu Operasi : 10.30 pagi - 10.30 malam



antara sebab kenapa saya suka tengok rancangan ini adalah kerana cara mereka makan makanan dalam rancangan ini sangat mengujakan.saya begitu minat sekali menonton maria tunku sabri menjamah makanan.berselera sungguh saya lihat..sehingga menyebabkan saya turut ingin makan makanan yang dimakannya pada masa itu..haha..namun apakan daya, lauk di rumah saya tak lah setanding makanan yang terdapat dalam rancangan jjcm..namun sedapnya teramat la sangat..tambah tambah lagi bila saya da masuk u ni..bukan selalu dapat makan masakan mak cik saya yang enak itu..huhu..selalu teringat pada masakan mak cik saya itu..apa tidak nya..lauk harian saya di u adalah ayam semata mata..na beli lauk lain takut lari bajet pula..kuikuikui.. selain itu,saya minat gak tengok hochak!!..huhu..



No comments:

Post a Comment