Sunday 4 September 2011

panduan makananan seimbang










Pada masa kini ramai antara kita yang tiada masa dan terlalu sibuk dengan aktiviti harian. Kehidupan serba pantas masa kini memaksa kita untuk melakukan segalanya dengan segera termasuk makan. Pengambilan makanan segera dan tidak seimbang mampu membuatkan badan terdedah dengan bahan merbahaya.
Kepentingan Pemakanan Seimbang dan Senaman
Menurut Dr Rajbans Singh, Pakar Kesihatan Pusat Perubatan Pantai, penjagaan kesihatan perlu diutamakan sejak usia muda kerana kesihatan merosot disebabkan beberapa perkara. Antaranya, gaya hidup, tabiat pemakanan dan tidak bersenam.
Semua orang mengetahui makan makanan yang seimbang dan bersenam sangat penting untuk kesihatan. Tapi, kesibukan melakukan aktiviti seharian membataskan anda untuk mendapatkan diet yang seimbang dan melakukan aktiviti beriadah seperti bersenam.
Akibatnya kita berhadapan dengan pelbagai penyakit melalui gaya hidup yang tidak seimbang tersebut. Ia disebabkan badan kita tidak menerima vitamin dan mineral yang secukupnya untuk keperluan tubuh kita. Dr Rajbans Singh juga menyarankan kita agar mengambil makanan tambahan seperti multivitamin.
Pemilihan produk yang berasaskan multivitamin banyak terdapat dalam pasaran tempatan. Tapi pilihlah produk yang menggabungkan multivitamin dan multimineral agar ia melengkapkan lagi keperluan tubuh kita.
Tip 1 – Jangan terpengaruh dengan label makanan ‘Bebas Lemak’
walaupun terdapat makanan yang dijual mempunyai label ‘bebas lemak’, kita perlu berhati-hati jika mahu memakannya. Ini kerana kebanyakan produk makanan yang bebas lemak, sarat dengan kandungan gula yang tinggi.
Apabila kandungan gula dalam badan tinggi, berat badan seseorang akan mudah bertambah. Salah satu contoh makanan yang mempunyai kandungan gula yang terselindung adalah:
  • Roti.
  • Crackers.
  • Chips.
Tip 2 – Lakukan senaman percuma setiap hari
Seperti yang dinyatakan oleh Warner sebelum ini, kita tidak perlu mempunyai jurulatih perseorangan untuk menurunkan berat badan. Ini kerana kita boleh lakukan senaman secara persendirian.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan, dan disarankan oleh beliau adalah meluangkan sekitar 20 hingga 30 minit, untuk berjalan atau joging di sekitar kawasan rumah.
Tip 3 – Belajar melakukan senaman bagi membina abs
Kita tidak perlu bekerja keras untuk membina abs yang cantik seperti 6-pack. Tetapi latihan abs dapat membantu, untuk membentuk bahagian perut menjadi cantik dan menawan. Secara asasnya, kita boleh lakukan aktiviti seperti:
  • Pushups.
  • Squats.
  • Pull-ups.
Tip 4 – Tingkatkan usaha ketika bersenam
Seperti kata-kata Jackie Warner, “Ia bukan berapa lama kita bersenam, tetapi betapa kuat kita melakukan senaman itu.” Ini bermakna kita perlu tingkatkan usaha ketika melakukan senaman. Sebagai contoh, apabila kita mempunyai masa 10 minit untuk bersenam, lakukan sebaik yang mungkin, supaya tubuh badan kita dapat merasai regangan yang dilakukan.
Tip 5 – Letakkan matlamat yang spesifik
“Saya hanya mahu turunkan berat badan.”
Matlamat seperti di atas tidak akan membantu kita untuk menurunkan berat badan yang diinginkan. Menurut Warner, setiap klien beliau yang berjaya, khususnya selebriti mempunyai matlamat yang spesifik.
Sebagai contoh, kita boleh letakkan matlamat untuk melakukan 5 kali pushups dalam masa sehari, atau joging di sekitar kawasan rumah sebanyak 2 pusingan dalam masa 20 minit.
Tip 6 – Dengarkan lagu ketika bersenam
Kajian beliau mendapati, apabila seseorang melakukan senaman sambil mendengar lagu, ia akan mendorong mereka untuk melakukan senaman dengan lebih kuat, dan memotivasikan diri untuk menghabiskan senaman yang dirancang.
Tip 7 – Makan makanan yang sihat dan kurang sihat
Ini bermaksud kita perlu klasifikasikan makanan harian. Kita perlu makan makanan yang sihat dahulu, dan dituruti dengan makanan yang kurang sihat. Contoh daripada Jackie Warner, jika beliau memesan makanan seperti burger, beliau akan makan salad terlebih dahulu, kemudian ambil sedikit kuantiti burger dan kentang goreng.


Menurut beliau, pengambilan teh hijau dalam kuantiti 4 hingga 5 cawan, dapat menurunkan jumlah lemak di dalam badan. Ini kerana teh hijau mempunyai ekstrak, bagi membantu tubuh badan kita untukmenghapuskan toksin dan juga lemak yang berlebihan.
Jika sebelum ini kita mengambil kopi sebagai minum petang, maka kita boleh tukar menu petang dengan mengambil teh hijau. Perubahan akan dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam masa 1 minggu.


MINUM AIR MINERAL SECUKUPNYA

Dalam satu sumber yang diperoleh oleh syarikat kesihatan Malaysia, kajian telah membuktikan cara yang paling cepat untuk menurunkan berat badan adalah mengambil sebanyak 2 hingga 3 liter air mineral setiap hari.
Apabila kita mengambil air mineral, lemak dalam tubuh badan kita akan bertukar menjadi tenaga, bagi memperbetulkan fungsi sistem badan. Tanpa pengambilan kuantiti air yang banyak, buah pinggang kita akan menghadapi masalah.
Buah pinggang yang bermasalah akan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat tenaga yang mencukupi, bagi melakukan senaman. Dalam masa yang sama, pengambilan air mineral membantu proses penghadaman kita menjadi lebih lancar, dan mengekalkan suhu badan yang sihat.

5 Cara Turunkan Berat Badan
Menurut kajian laman web Google, terdapat lebih 1 juta carian mengenai topik ‘weight loss’ atau penurunan berat badan. Negara Malaysia juga tidak terkecuali daripada senarai yang melakukan carian terbanyak, mengenai topik ini.
Entri kali ini akan memperkenalkan kepada kita, mengenai 5 cara yang boleh dilakukan bagi menurunkan berat badan, tanpa mengancam kesihatan kita secara fizikal dan mental. Namun kita diberi pilihan untuk melakukan salah satu daripada cara yang ditunjukkan.
Menurut Brian Stramel, untuk menurunkan berat badan dengan efektif, kita perlu ketahui LOT, yakni Law of Thermodynamics. Law of Thermodynamics bermaksud kita perlu menyalurkan tenaga, bagi menurunkan berat badan.
Ini bermakna untuk menurunkan berat badan, kita perlu kurangkan makan makanan yang kurang berkhasiat, dan memperbanyakkan gerakan aktif.


Kita perlu mengambil sarapan pagi jika ingin diet. Ini kerana mengikut kajian, kadar metabolisme kita akan berada pada paras rendah di waktu pagi. Jika kita tidak mengambil sarapan pagi, kita akan mudah berasa lapar.
Pengambilan sarapan pagi juga dapat membantu kita untuk membekalkan tenaga yang mencukupi, bagi melakukan aktiviti harian.


Apabila kita berasa tertekan atau stres, tubuh badan kita akan mengeluarkan hormon yang diberi nama cortisol. Stres yang berlebihan akan menyebabkan kita tidak dapat mengawal nafsu untuk makan.
Bagi mengawal stres, kita disarankan untuk melakukan senaman seperti joging. Bagi umat Islam, kita boleh melakukan solat sunat atau membaca Al-Quran.


Untuk menurunkan berat badan, kita perlu minum lebih banyak air mineral. Elakkan daripada minum minuman yang mempunyai jumlah gula yang tinggi. Bagi makanan pula, kita perlu belajar untuk mendisplinkan diri.
Jika sebelum ini kita selalu mengambil 1 hingga 3 snek di waktu malam, maka ubah kepada sekali sahaja. Perubahan boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Apa yang paling penting adalah konsistensi.


Gaya hidup aktif bermaksud menambahkan lebih banyak gerakan tubuh badan dalam kehidupan seharian. Ini tidak terhad pada aktiviti-aktiviti lasak. Sebagai contoh, kita boleh menaiki tangga untuk naik ke pejabat.
Apabila kita ingin mengamalkan gaya hidup aktif, pastikan kita tanamkan dalam fikiran ia perlu bermula dengan perlahan dan konsisten. Aktiviti yang dilakukan secara drastik akan mengurangkan daya motivasi, apabila kita tidak dapat melihat sebarang hasil dalam jangka masa yang singkat.


Berdasarkan kajian jurulatih kesihatan, kebanyakan individu yang ingin diet seringkali gagal. Ini kerana proses diet memerlukan usaha jangka masa panjang. Untuk menurunkan berat badan dengan lebih efektif, kita boleh belajar sedikit sebanyak mengenai nutrisi dan pengambilan makanan yang sihat.
Dengan ini, kita akan mencipta tabiat makan yang baru, yakni tabiat makan yang membawa kepada kesihatan, dan penurunan berat badan.

No comments:

Post a Comment