Sunday 4 September 2011

makan makan raya

hari ini sudah raya yang ke enam..berat makin bertambah tambah..bermacam macam juadah yang membuka selera kita sepanjang hari raya yang telah berlalu ini..setelah berjaya mengawal nafsu kita semasa bulan ramadhan kini kita telah tewas dengan hindangan yang lazat di hari lebaran ini..anatara sajian yang menjadi kemestian semasa hari raya ini ialah rendang..tak kira lah sama ada rendang daging mahupun rendang ayam..yang  menjadi kesukaan saya adalah rendang daging buatan tangan mak cik saya iaitu cik jamilah tulis..saya lebih gemar masakan yang menggunakan dapur kayu berbanding dapur gas..rasa masakan itu lebih asli sekiranya menggunakan dapur kayu..pernah sekali raya yang lepas saya berkunjung ke rumah makcik.. dia menyediakan sup daging menggunakan  dapur gas..sup itu terasa lain benar jika hendak dibandingkan dengan sup yang dimasak menggunakan dapur kayu yang dimasak oleh makcik saya.. keaslian masakan itu lebih menyerlah sekiranya menggunakan dapur kayu..yang menjadi kebiasaan saya akan menjadi tukang menghidupkan api untuk membakar arang..dan saya juga turut menjadi tukang kipas..haha..selepas ini mungkin ramai saudara mara yang mengadakan rumah terbuka untuk  menjemput orang ramai datang ke rumah..seperti rumah rumah terbuka yang selalu saya kunjungi, hidangan kebiasaan mereka ialah mi hun sup, laksa, rendang, ketupat itu biasalah..kalau nak lagi istimewa mereka akan menyediakan rendang bersama dengan pulut kuning..hurm..sungguh menyelerakan..haha..selain itu ada juga yang menyediakan sate kegemaran ramai..dan minuman sirap menjadi kemestian dikala membuat kenduri kendara..saya teringin jugak nak minum air selangor di rumah terbuka..disebabkan tak berkesempatan untuk berbuat demikian saya pun meninjau dahulu cara pembuatannya..

JUS AIR SELANGOR



BAHAN -BAHAN

Air Sirap ( color dia MERAH kan??)
Buah Mangga/ Mempelam yang manis ( color dia KUNING kan??)

CARA -CARA BUAT

1- Buat Air sirap cam biasa
2-Potong mangga/ mempelam..kasi blender lah-buat jus mangga..hehe;)
3- Masukkan Air Sirap ..kasi ia blend sekali lagi..kasi betul sebati punya hehe;)
4- Gula/ manis bergantung dan agak2 lah sendiri yer
5- Selamat mencuba..jomlah minum ia enak dinikmati bila waktu cuaca panas gini


Paling mudah ialah air sirap dicampur dengan jus mangga boleh jadi air jus selangor

hha.. tidak lupa jugak kepada makanan tradisi raya kita iaitu lemang ketupat wajik dodol dan macam macam lagi..saya pandai tahu untuk mnenganyam ketupat..dua jenis ketupat iaitu ketupat sate dan ketupat bawang..sebenarnya terdapat pelbagai lagi hjenis ketupat yang ada..sekarang nie kalau na beli daun ketupat amatlah mahal..padahal daun ketupat itu ialah daun pucuk muda pokok kelapa..haha..hairan kenapa mahal sanagat daun ketupat sekarang..banyak pokok kelapa kene tebang agaknya..


JENIS-JENIS KETUPAT

Ketupat bantal
Fail:Ketupat bantal berangkai dari ribon.JPGKetupat bantal dianyam dari sehelai daun kelapa
yang telah di buang lidinya.
Cara menganyam ketupat ini adalah unik dan
berbeza dari cara menganyam
ketupat lain. Jika daun kelapa yang panjang,
lebih dari satu ketupat boleh
dihasilkan. Dengan menggunakan ribon yang panjang,
satu rangkaian ketupat
bantal boleh dihasilkan.

.


       Ketupat burung
Ketupat burung yang digunakan di dalam upacara sewang.
Ketupat burung biasanya dianyam dengan daun kelapa yang dibelah dua dengan membuang lidinya.
 Anyaman menggunakan sehelai













ketupat ini membentuk seekor burung yang lengkap dengan paruh, 
kepak dan ekor. Walaupun boleh digunakan untuk memasak, ia biasanya
 tidak digunakan untuk tujuan tersebut, sebaliknya ia digunakan di dalam 
upacara sewang iaitu satu upacara perbomohan orang asli.





Ketupat lembu
Fail:Ketupat Lembu.JPG
Ketupat lembu adalah salah satu bentuk ketupat yang boleh didapati.Ia dianyam dengan menggunakan dua helai daun kelapa menyerupai bentuk lembu. Ia juga dipanggil ketupat kambing atau ketupat kerbau. Untuk tujuan sebagai satu hasil seni yang boleh disimpan lama, ribon plastik digunakan untuk membentuk sarung ketupat.
Ia dibuat lebih kepada untuk hiasan atau hasil seni kerana kesukaran menganyamnya dalam jumlah besar yang diperlukan bagi tujuan perniagaan.


Ia sama seperti sarung ketupat lain dan nasi atau pulut boleh diisi kedalamnya, sama seperti kelongsong ketupat sate biasa

Ketupat penyu

Ketupat penyu dianyam dari sehelai daun kelapa membentuk seolah-olah seperti seekor penyu. Di masa dahulu ketupat penyu ini digunakan sebagai salah satu barangan dalam upacara buang ancak, iaitu upacara untuk membuang hantu dalam proses pengubatan tradisional Melayu.




Ketupat palas

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isiketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.
Ketupat palas.

Di kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina.Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus.
Ia enak dimakan dengan rendang ayam mahupun rendang daging.

Ketupat sate

Ketupat sate merupakan sejenis hidangan daripada nasi yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal diMalaysiaIndonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain. Ketupat sate sering dihidangkan dengan sate di gerai dan restoran yang menjual sate, seperti di Kajang.
Fail:YosriKetupatSatay.jpg
Sejak 1990, ketupat tidak lagi dibuat sepenuhnya daripada daun kelapa, sebaliknya dibungkus dalam plastik dan dikukus dalam periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah.

Ketupat sotong

Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan.
Pulut beras merah juga digunakan bagi membuat ketupat sotong.

Ketupat manggis

Ketupat manggis berbentuk segi empat yang mempunyai tampuk di atasnya. Ketupat ini dianyam dari empat helai daun kelapa. Ketupat manggis kurang sesuai untuk dijadikan pembungkus makanan kerana bentuknya yang rumit menjadikan ia memakan masa yang lama untuk di buat dan sukar dihasilkan.
Fail:Ketupat Manggis.JPG
Ketupat manggis lebih sesuai digunakan sebagai bekas bunga rampai untuk dibuat sebagai hantaran dalam majlis pertunangan. Untuk tujuan demikian ketupat ini dianyam dari ribon.

Ketupat dinasour

Ketupat dinasour dianyam dari daun kelapa atau riben plastik membentuk seekor dinasour. Ia dibuat lebih kepada untuk hiasan atau hasil seni kerana kesukaran menganyamnya dalam jumlah besar yang diperlukan bagi tujuan perniagaan makanan.
Fail:Ketupat Dinasour.JPG
Ia sama seperti sarung ketupat lain dan nasi atau pulut boleh diisi kedalamnya, sama seperti kelongsong ketupat sate biasa.
ini adalah antara jenis jenis ketupat yang dapat saya cri..haha..pelik pelik juga ya ketupat yang ade..
seterusnya mari kita lihat pula kepada pembuatan lemang..lemang memerlukan buluh,santan dan pulut serta daun pisang serta seseorang yang mahir mengawal api..jika kita lihat..dekat dekat na raya banyak kedai kedai tepi jalan yang membakar lemang untuk dijual..penduduk malaysia yang sdang dalam perjalanan balik ke kampung akan singgah untuk membeli untuk dijadikan buah tangan pulang ke kampung..
lemang yang sedang dibakar
lemang yang sedia dihidang.

sekarang tibalah pula giliran masakan rendang pula.,penat saya mnenunggu untuk membeli santan dekat pasar semasa lagi dua hari nak raya dulu..semua orang tengah beratur untuk membelinya padahal hari baru pukul8.30pagi.. kalau saya lambat sikit lagi alamatnya ta berendang la h rumah saya..huhu. .resepinya ialah

rendang daging

Rendang-daging

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
  • ****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
  • ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7.  PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

sampai sini sahaja lah dulu..nanti saya sambung lagi..salam..

No comments:

Post a Comment